saya kurang ajar sangat jadi anak and jadi manusia kat dalam bumi nih
kenapa saya pun taktahu lah
maybe dah TERbiasa sejak kecil dengan melihat cara cara orang sekeliling melayan ahli keluarga nya dan mungkin kerana itu saya TERikut and sampai sekarang sampai umur 17 tahun * belum genap lagi * saya masih belum hilangkan sifat
* dah takpayah kalis sangat *
location : meja makan ( dapur )
masa tengah makan tuh , tiba tiba abah cakap sepupu saya kalau masak sayur memang banyak * sepupu saya sudah ada anak dan anaknya yang paling tua sebaya dengan saya , sepupu saya tuh anak arwah mak long saya *
abah cakap lagi , sebab tuh anak dia ramai yang pandai pandai
anak dia yang sebaya saya selalu dapat banyak A dalam apa jua exam
saya 1 A pun susah nak dapat
yang berderet cuma B je
saya pun sakit hati kot masa tuh selamba badak tenuk cakaplah kan ' habis anak abah nih bodoh lah kan
orang kalau bodoh sebab malas nak belajar je
nak pandai kenalah belajar
saya menjawab balik dengan ayat yang kurang sopan ' baka pandai , memang lah jadinya pandai
' kakak saya serta merta pukul kepala saya
tak sakit sebab hati saya lagi sakit 
abah mama akak and semua kalau boleh saya nak bagitahu tapi korang tak paham kan
semua orang dalam dunia nih nak jadi pandai
tiada orang pun yang nak jadi bodoh sebenarnya
begitu juga lah dengan saya , anak mama abah . kalau saya betul pemalas , saya takkan minta mama abah untuk hantar saya pergi tuisyen sampai enam subjek
saya tuisyen sampai 6 subjek di atas . abah mama ingat tak penat kebahasa melayu
nak dapat B pun susah . ya saya bodoh tak macam anak sedara abah yang lain dapat A
![]()
english
nak dapat C pun rasa macam nak mati bila buat essay and so on
ya saya bodoh tak macam anak sedara abah pandai speaking
matematik moden
nak dapat A mustahil
sebab saya bodoh tak macam anak sedara abah boleh dapat A+ dalam SPM mereka
matematik tambahan
nak dapat A
saya rasa macam nak pengsan bila menjawab exam
nak buat macam mana
anak abah mama hanya mampu mendapatkan B+
ya saya bodoh lagi
akaun
nak lulus susah sangat sebab saya menulis mengira and so on lambat pergerakan nya
boleh faham tak
saya nak tulis pun lambat . lagi lah nak buat lejar , imbangan duga and so on
satu soalan je jalan kerja sampai 3/4 muka surat
* jika ada lejar *
selalulah juga kan failed sebab tak cukup masa untuk siapkan soalan 5 dan 6
![]()
sains
nak capai B memang payah
sebab saya tak minat sains
dari kecil lagi memang tak minat
tapi saya nak jadi doktor veterinar
saya tetap tanam minat
terhadap subjek sains nih
macam cikgu tuisyen saya cakap , saya boleh buat tapi saya selalu tak confident dengan jawapan saya sendiri
padahal jawapan saya memang betul dan selalulah juga saya tak tulis jawapan sebab tak confident dengan jawapan yang memang betul tuh
ya saya tahu orang lain akan cakap . ' ala sains biasa je kot cuba ambil fizik bio kimia lagi susah '
nak buat macam mana
saya memang bodoh
dahlah sekolah balik lambat
saya tahu kalau nak berjaya tiada alasan kan
kalau boleh pilih anak , pilihlah anak yang pandai
jangan pilih anak yang bodoh nih
kalau betul saya nih pemalas , saya takkan merajinkan diri siapkan homework walaupun saya taktahu
kadang kadang tak buat homework sebab tak cukup masa atau terlampau penat
mungkin saya lebih berminat menghadap laptop daripada buku
abah mama , wawa tahu anak sedara mama abah ramai kan yang pandai
* jangan marah * 
lagi siapa eh sedara sayaIRSALINA
7A 3B
AIDA
6A
HADI
7A
ramai sangat yang dapat A
saya paling rapat dengan lina tuh
yeah dia memang sepupu paling hebat
lina nih first time kan kau tak dapat straight A
hehe kau memang pandai nak buat macam mana kan
aku kan bodoh tak macam kau
* aku down gila sekarang
*
mama abah
bila orang tanya berapa A
masa wawa nanti mesti muka malu gila sebab jadi parents wawa
apesal lah anak aku tak pandai
kan betul tak
lina , hadi , mira and so on mak mereka guru
semestinya lah pandai
wawa pula
hurm wawa tak cakap mama abah bodoh oukay
mungkin cara wawa cakap tuh salah , wawa minta maaf sangat
terima jelah anak abah mama nih memang bodoh
bukannya kita tak belajar langsung
kita belajar ma , then apa guna kita habiskan duit mama abah untuk pergi tuisyen walaupun diri ni penat
ya oukay wawa malas
* tahap gaban *
wawa bodoh
* tahap maksimum *
nak buat macam mana
otak saya cuma boleh terima subjek ADD MATH & MATH MODE je
itupun tak dapat A
B+ memanjang
hurm crying rite now
tak boleh stop
thanks kat shazmi sebab selalu and sudi bukak balik buku addmath dia dulu semata mata nak ajar saya balik
saya harap saya boleh dapat A dalam addmath macam awak
hey thanks sebab dah habis baca :)







